Semua kandungan di dalam blog ini adalah dari tulisan Ustaz Adi Yanto Meridukansurga di laman Facebooknya. Saya sekadar mencuba menghimpunkannya untuk manfaat semua umat. Terima kasih kepada Ustaz Adi yang memberikan keizinannya - Tulus dari Cipher.
21 Dec 2012
Jangan abaikan nafkah isteri
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Mengenang kembali peristiwa di Arafah, pada tanggal 9 Dzulhijjah tahun 10 Hijrah yaitu sblm kewafatan Rasulullah SAW salah satu wasiat baginda yg disampaikan melalui khutbah Wida’ kpd sekalian umat Islam, yaitu agar kita mengawasi & memelihara kaum wanita sebagai satu amanah. Tugas &tanggung jawab ini, ditujukan khusus kpd kaum lelaki yg berperanan sebagai suami di dlm sebuah rumah tangga. Sabda Rasulullah SAW yg artinya, “Takutlah kamu kpd Allah dlm urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Kaum lelaki, dikurniakan oleh Allah dg kekuatan fizikal, mempunyai pemikiran yg luas & beberapa kelebihan lain. Sebaliknya kaum wanita diciptakan dg sifat yg lemah lembut, penyayang & kurang agresif. Mereka lebih banyak dipengaruhi oleh emosi. Oleh itu sewajarnya kaum lelaki diberi tugas & tanggungjawab memikul amanah menjadi ketua / pemimpin yg mengawal serta memberi perlindungan kpd kaum wanita. Allah SWT berFirman artinya, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin & pengawal yg bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dg beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, & juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)
Amanah yg dipertanggung jawabkan Setiap pasangan harus terasa bertanggung jawab sepenuhnya menjalankan tugas masing2 demi membangunkan keluarga. Bagi lelaki, sebagai ketua dlm negara, pemimpin dlm masyarakat, suami kpd isteri, bapak kpd anak2 atau sebagainya. Mereka seharusnya memahami hak2 serta tuntutan kaum wanita yg menjadi kewajipan bagi mereka memperjuangkannya serta membela nasib kaum wanita ini apabila mereka teraniaya. Sirah Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa baginda merupakan pembela kaum wanita yg terbaik. Baginda bukan
saja membawa risalah Islam yg sempurna, bahkan telah berjaya membebaskan kaum wanita dari cengkaman adat jahiliah serta meletakkan kedudukan mereka ke suatu taraf yg begitu mulia.
Namun paling mengecewakan apabila terdapatnya kaum lelaki yg suka mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita & memandang rendah terhadap mereka serta menjadikan mereka mangsa mereka serta menjadikan mereka mangsa penganiayaan. Pandangan kaum wanita tdk begitu diambil perhatian menyebabkan hak / kepentingan mereka terhakis. Keadaan ini terjadi disebabkan wujudnya perasaan ego yg tinggi di dalam diri lelaki dan tiadanya kesadaran dlm memikul amanah & tanggungjawab terutamanya sebagai ketua rumahtangga. Kewajipan Suami Memberi
Nafkah (belanja) Sesungguhnya kewajipan memenuhi keperluan nafkah trhadap isteri tdk hanya terhenti pada nafkah batin semata tetapi juga nafkah lahir termasuk memberi belanja & keperluan lahir kpd isteri. Perkara ini telah ditetapkan oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT yg artinya, “Dan kewajipan suami memberi makanan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.” (Surah al- Baqarah, ayat 233)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment