Semua kandungan di dalam blog ini adalah dari tulisan Ustaz Adi Yanto Meridukansurga di laman Facebooknya. Saya sekadar mencuba menghimpunkannya untuk manfaat semua umat. Terima kasih kepada Ustaz Adi yang memberikan keizinannya - Tulus dari Cipher.

20 Dec 2012

12 barisan di Akhirat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Assalamu'alaikum wa rah matullahi wa barakatuhu.

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"[An-Naba':18]
 

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanya kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing2 dg pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan12 barisan tersebut :
 

►Barisan Pertama, Di iring dari kubur dg tdk bertangan & berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adlh orang2 yg sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganyanya, maka demikianlah balasannya & tempat mereka adlh neraka..."
 

►Barisan Ke-2
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yg Maha Pengasih: "Mereka itu adlh org yg sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya & tempat mereka adlh neraka..." 


►Barisan Ke-3
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dg ular & kalajengking. "Mereka itu adlh org yg enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya & tempat mereka adalah neraka..."
 

►Barisan Ke-4
Diiring dari kubur de keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adlh org yg berdusta di dlm jual beli, maka inilah balasannya & tempat
mereka adlh neraka..."
 

►Barisan Ke-5
Diiring dari kubur dg bau busuk yg lbh dari pada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adlh org yg menyembunyikan prilaku durhaka takut diketahui
oleh manusia tetapi tdk memiliki
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya & tempat mereka adlh neraka..."
 

►Barisan Ke-6
Diiring dari kubur dg keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adlh org yg menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya & tempat mereka adlh neraka..."
 

►Barisan Ke-7
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah & darah. "Mereka itu adlh org yg enggan memberi kesaksian
di atas kebenaran, maka inilah
balasannya & tempat mereka adlh neraka..."
 

Barisan Ke-8
Diiring dari kubur dlm keadaan terbalik dg kepala ke bawah & kaki
ke atas. "Mereka adlh org yg berbuat zina, maka inilah balasannya &tempat mereka adlh
neraka..."
 

►Barisan Ke-9
Diiring dari kubur dg berwajah hitam gelap & bermata biru sementara dlm diri mereka penuh
dg api gemuruh. "Mereka itu adlh org yg makan harta anak yatim dg cara yg tdk sebenarnya, maka inilah balasannya & tempat mereka adlh neraka..."
 

►Barisan Ke-10
Diiring dari kubur mereka dlm keadaan tubuh mereka penuh dg penyakit sopak & kusta. "Mereka adlh org yg durhaka kpd org tuanya, maka inilah balasannya & tempat mereka adlh neraka..."
 

►Barisan Ke-11
Diiring dari kubur mereka dg berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka & keluar beraneka kotoran. "Mereka adlh org yg minum arak, maka inilah balasannya & tempat mereka adlh neraka..."
 

►Barisan Ke-12
Mereka diiring dari kubur dg wajah yg bersinar-sinar seperti bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat : "Mereka adlh org yg beramal salih & banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah
balasannya & tempat mereka adlh syurga, mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau menginginkan bermesraan dg Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dg Allah,
tahulah engkau betapa perihnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.
(Diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal)

1 comment: